Monday 29 October 2012

LeapPad vs Leapfrog Tag

Ada di antara ibu yang bertanya, "Apa beza antara Leappad Learning System dengan Leapfrog Tag?".

Ni Leappad Learning System
dan yang ni pula Leapfrog Tag

Kedua-duanya adalah bagi membantu anak-anak belajar membaca terutama untuk anak-anak berusia 4-8 tahun. Cuma bezanya dari segi teknologi. Leapfrog Tag menggunakan teknologi yang lebih terkini berbanding LeapPad.

Analogi  mudah, komputer desktop dan laptop. Komputer desktop terlebih dahulu dicipta berbanding laptop. Apabila teknologi semakin berkembang dan manusia mula memerlukan sesuatu yang boleh dibawa ke mana dengan mudah, maka mereka beralih kepada laptop.

Maka, Leappad boleh dianalogi sebagai desktop manakala Leapfrog Tag pula adalah laptop. Leappad memerlukan console, buku berserta cartridge manakala Leapfrog Tag hanya memerlukan tag dan buku sahaja.

Saya sertakan video cara menggunakan Leappad sebagai panduan.

Yang ni pula promo untuk Leapfrog Tag.


 Jadi, kenapa kami menjual sistem pembelajaran yang tidak terkini (Leappad)?

Sebab kami prihatin kepada ibu bapa yang tidak berkemampuan tetapi mempunyai usaha untuk menggalakkan anak-anak belajar membaca. Harga Leappad adalah jauh lagi murah berbanding Leapfrog Tag. Dengan satu console, empat buku yang berlainan berserta cartridge dan didatangkan sekali dengan beg kami tawarkan dengan harga RM135 - RM 155 (LLA, LLB, LLC, LLD -bergantung kepada keadaan console dan buku). Kami ada juga menjual console berserta buku dan cartridge dengan harga RM75 sahaja.

Harga biasa untuk Leapfrog Tag ialah RM180. Anda hanya akan dapat satu tag pen dan satu sampel buku sahaja. Buku tambahan untuk Leapfrog Tag pula sekitar RM60. Kedai kami ada menjual buku tag tambahan dengan harga RM50.

Maka pilihan di tangan anda. Jika ada budget lebih, tidak salah melabur untuk membeli Leapfrog Tag. Tapi Leappad juga sudah memadai untuk anak-anak belajar membaca secara interaktif jika mempunyai budget yang rendah.

Nota: Kami cuma menjual barangan yang terpakai bagi LeapPad dan barangan baru sahaja bagi Leapfrog Tag. Semoga sedikit sebanyak membantu ibu-ibu memilih apa yang terbaik untuk anak-anak ya :)

No comments:

Post a Comment